Wednesday, 11 December 2019

PERCUTIAN SINGKAT DI BANDAR HO CHI MINH VIETNAM ( 4 HARI 3 MALAM)


Rasai pengalaman bercuti di Ho Chi Minh City . Ho Chi Minh City juga dikenali sebagai Saigon. Ia merupakan sebuah bandar yang terletak di selatan Vietnam yang memainkan peranan penting dalam peperangan. Pakej lawatan ke bandar bersejarah merangkumi pelbagai aktiviti dan juga tempat - tempat yang bersejarah, antaranya, Sungai Mekong, Cu Chi Tunnel dan pilihan untuk membeli belah di Taka Plaza atau Saigon Square. Selain itu, melawati Pasar Ben Thanh (syurga membeli belah) yang merupakan pusat membeli belah yang terbesar di Ho Chi Minh City.





Untuk perjalanan hari pertama akan diisi dengan, bergerak ke Sungai Mekong untuk merasai pengalaman menaiki bot besar, menaiki kuda, dan menaiki sampan di sepanjang Sungai Mekong mengikut cara masyarakat tempatan. Selepqs itu, melawat tempat pembuatan gula - gula kelapa, dan merasai keaslian, keunikan, kesedapan madu di Bandar Vietnam.



Hari kedua, kita akan merasai pengalaman melalui Cu Chi Tunnel yang merupakan tempat bersejarah berkaitan tempat persembunyian tentera pada zaman dahulu yang menyediakan makanan, rawatan, dan senjata dan tempat tinggal rahsia daripada musuh. Perjalanan sekitar Cu Chi Tunnel memakan masa selama kira - kira 2 jam perjalanan. Etika pemakaian untuk melawat tempat tersebut adalah bebas kepada pelancong dan pelancong disarankan memakai t-shirt, seluar jeans, ataupun seluar pendek yang bersesuaian dan sopan.



Setiap perjalanan pasti mempunyai destinasi membeli belah untuk membawa pulang kepada orang - orang tersayang mahupun sebagai tanda kenang - kenangan memori tercipta di negara yang bersejarah negara Vietnam. Terdapat dua pilihan tempat membeli belah yang terkenal di sekitar Ho Chi Minh City iaitu Taka Plaza dan Saigon Square. Antara pilhan tersebut, Saigon Square adalah destinasi yang terkenal di negara tersebut, namun Taka Plaza menjadi pilihan utama pelancong - pelancong kerana barangan yang dijual dengan harga yang lebih murah dan mempunyai 200 kedai pilihan yang ditawarkan.



Sebelum pulang ke negara masing - masing, bagi pelancong wanita wajib melawati dan membeli belah di sekitar Pasar Ben Thanh yang menawarkan fabrik dan tesktil yang sangat murah berbanding harga yang ditawarkan di negara Malaysia. Istimewanya disini adalah para penjual dapat bertutur dalam Bahasa Melayu dan secara tidak langsung memudahkan pelancong membuat pembelian dan sesi tawar menawar. Jikalau pelancong ingin merasai keunikan dan keaslian makanan Vietnam, kerana banyak makanan halal yang dijual disekitar jalan di sini.

Jika anda ingin merasai pengalaman yang menakjubkan ini, boleh hubungi kami di talian 
Jafila Travel & Tours Sdn Bhd
💬 04-733 3624 / 019-507 5117 / 017-401 5373